Jumaat, 31 Disember 2021
Video Berkaitan Bidang Yang Saya Ceburi
Khamis, 30 Disember 2021
Gambar keluarga
Saya dilahirkan dengan keluarga yang amat menyayangi saya. Saya amat bersyukur kerana terlahir dengan keluarga yang sentiasa memberikan dorongan kepada saya hingga saya mampu menjejakkan kaki ke menara gading iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris .
Biodata Diri
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog pertama saya . Nama saya Awangku Hanafi Bin Awang Abd Ghani dan boleh panggil saya jat . saya berasal dari negeri Sabah bertempat di daerah Papar . Saya berumur 20 tahun dan beragama Islam . Adik beradik saya ada 6 orang dan saya anak kedua dan syukuralhamdulillah semua adik beradik termasuk ibu bapa saya berada dalam keadaan sihat . Saya merupakan lepasan STPM di Sekolah Menengah Bongawan Sabah . Pada pendapat saya , STPM merupakan satu pengajian yang sangat seronok dan singkat . Kelebihan STPM yang kita sedia tahu ialah yuran yang murah dan lokasi pengajian dekat dengan rumah sendiri . Saya sangat bersyukur dengan keputusan saya biarpun tidak dapat mencapai keputusan yang cemerlang tapi saya masih berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti . Universiti yang menerima permohonan saya ketika mengisi UPU ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kos yang saya ambil ialah Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan Digital dengan Kepujian . Boleh dikatakan kos ini merupakan kos yang sangat saya idamkan dan saya percaya dengan teknologi yang pesat ini mampu menarik ramai pelajar untuk mengikuti pengajian ini khususnya di UPSI.
-
Saya dilahirkan dengan keluarga yang amat menyayangi saya. Saya amat bersyukur kerana terlahir dengan keluarga yang sentiasa memberikan dor...