Assalamualaikum dan selamat datang ke blog pertama saya . Nama saya Awangku Hanafi Bin Awang Abd Ghani dan boleh panggil saya jat . saya berasal dari negeri Sabah bertempat di daerah Papar . Saya berumur 20 tahun dan beragama Islam . Adik beradik saya ada 6 orang dan saya anak kedua dan syukuralhamdulillah semua adik beradik termasuk ibu bapa saya berada dalam keadaan sihat . Saya merupakan lepasan STPM di Sekolah Menengah Bongawan Sabah . Pada pendapat saya , STPM merupakan satu pengajian yang sangat seronok dan singkat . Kelebihan STPM yang kita sedia tahu ialah yuran yang murah dan lokasi pengajian dekat dengan rumah sendiri . Saya sangat bersyukur dengan keputusan saya biarpun tidak dapat mencapai keputusan yang cemerlang tapi saya masih berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti . Universiti yang menerima permohonan saya ketika mengisi UPU ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kos yang saya ambil ialah Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan Digital dengan Kepujian . Boleh dikatakan kos ini merupakan kos yang sangat saya idamkan dan saya percaya dengan teknologi yang pesat ini mampu menarik ramai pelajar untuk mengikuti pengajian ini khususnya di UPSI.
Terbaik . Sungguh kacak sekali anakanda Irwan .
BalasPadamblog yang mantap dari irwan.Terbaik
BalasPadamTerbaik Awang
BalasPadamCourse yg abg ambik ni ada bljr buat video game ke??
BalasPadamIya ada
Padam